Oleh Rossem
Para panelis terdiri Ustaz Azhar Idrus, pelakon Heliza Helmi dan artis terkenal Indonesia, Medya Sefira mundur kembali ke kerusi masing-masing di sebelah pentas, menunggu hujan reda. Hujan yang turun secara tiba-tiba tanpa amaran itu berhenti 10 minit kemudian, panelis lalu mengambil tempat di pentas. Khalayak yang hadir tak kurang 10,000. Walaupun malam itu bertembung dengan siaran langsung di televsyen perlawanan bolasepak piala Aff Suzuki 2012, Malaysia – Indonesia. Majoritinya anak muda, datang untuk menonton acara Bicara Selberiti siri ke 7, anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.
Program yang dihostkan Hari Hiburan Islam (HAI) yang dipimpin Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan, Haji Ahmad Baihaki Atiqullah upaya menarik minat anak-anak muda negeri Kelantan sehingga pada siri terakhir penutup tirai 2012 ini kehadiran peminat luar biasa sekali, namun jumlah kehadiran sudah dapat dijangkakan, justeru penganjur mengubah tempat acara dari Kelantan Trade Centre atau Balai Islam Lundang seperti sebelumnya kepada tempat yang lebih luas dan selesa iaitu Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.
Publik memenuhi stadium sejak jam 8.00 malam, mereka kemudiannya mendirikan solat Insya berjamaah. Hal seperti ini dianggap lumrah di Negeri Serambi Mekah yang ditadbirkan ulama lebih 22 tahun dengan dasar Membangun Bersama Islam. Setiap kali berlangsung acara di lapangan, mendirikan solat fardu berjamaah tak pernah diabaikan, kerana itu antara yang diajarkan pemimpin kerajaan negeri kepada rakyat.
Read More / Baca Lagi >>
Dua
kali hujan turun. Khalayak yang membanjiri Stadium Sultan Muhammad Ke
-IV malam 1 Disember 2012 tetap tak berganjak dari tempat duduk
masing-masing. Hujan pertama saat pengacara memulakan ucapan untuk
mempersilakan para panelis maju ke pentas khas yang dibina di depan
astaka stadium untuk memulakan acara. Hujan kedua takala wacana masuk
pusingan akhir.