Tak perlu kita bertemu, Cukup kau tahu
Yang aku, maafkan kamu,
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku.
Begitulah lirik lagu yang dinyanyikan secara berduet oleh Jamal Abdillah bersama Malique. Secara mudah difahami bahawa orang yang disalahi tidak ingin bertemu muka dengan orang yang menyalahi, namun memaafkan kesalahan orang itu sambil menyuruhnya pergi jahanam dengan cara yang paling lembut. Sambil jangan memetik nama orang yang disalahi itu lagi.
Ini kelaziman manusia yang mudah tertekan dengan konfrontasi. Meskipun yang didepaninya itu sudah nyata mahu meminta maaf dan mengaku salah. Selalunya kalau kita sudah menyampah dengan orang yang berbuat salah kepada kita, kita maafkan saja silapnya tanpa mahu menatap wajahnya lagi.
Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin telah melanggar kelaziman dan fitrah di atas. Ada sebuah karikatur yang sedang popular di laman Facebook yang memberi analogi paling baik itu tindakan Zohra Jabeen ini. Digambarkan dua manusia sedang hampir bertembung di satu penjuru.
Seorang daripadanya yang kelihatan persis si Zohra Jabeen digambarkan telah memijak kaki insan yang seorang lagi. Sambil berlalu pergi dari situ, karakter yang memijak kaki itu dengan selamba berkata ‘Saya maafkan kamu’. Silakan tepuk dahi sekarang. Kebodohan dan ketidaksedaran diri sedang menular dalam rejim pimpinan United Malays National Organisation.
Zohra Jabeen, setelah menjadi selebriti lantaran video ‘listen’nya itu kelihatan tenang dan tidak berganjak sedikit pun daripada pendiriannya yang satu – bahawa dia saja yang betul – ketika melakukan sidang media untuk menjelaskan tindakannya di Universiti Utara Malaysia (UUM) bulan lalu. Zohra Jabeen menuduh Bawani, pelajar yang diherdik dan dimalunya itu sebagai ‘pengacau’ yang menyusup masuk ke programnya untuk mencetuskan provokasi.
Read More / Baca Lagi >>