Oleh Muhammad Nazreen
Pakar
pengajian sosiologi terkemuka, Allahyarham Prof Syed Hussein Alatas
pernah mengemukakan konsep ilmiah bagi merungkai kitaran gejala
pembodohan yang berlegar-legar di medan masyarakat. Beliau mencipta
suatu istilah yang digelar ‘bebalisme’ di dalam bukunya, “Intelektual
Masyarakat Membangun” yang diterbitkan lewat tahun 1992.
Bebal tidak bermaksud bodoh dan jahil akan sesuatu keilmuan dan kemahiran. Bebal bermaksud sejenis penyakit yang merebak di kalangan orang cerdik pandai, yang tidak mahu memanfaatkan pengetahuan yang ada pada dirinya. Konsep ‘bebalisme’ menerangkan gejala pembodohan yang menjangkiti golongan bijak-pandai, kerana sikap mereka yang malas berfikir dan melakukan sesuatu perkara yang tergesa-gesa, khususnya kerana takut atau mahu mengampu pemerintah.
Kuasa hegemoni minda ‘lebih kurang’ yang bermula daripada zaman Dr Mahathir Mohamad kini meninggalkan penyakit ‘la’ih minda’, ‘bodoh sombong’, ‘egoistik’ dan kadang-kadang ‘biadap’ seperti seorang manusia yang menjerit ‘listen, listen, listen, listen…”.
Untuk mendalami ilmu wasilah tentang epidemik ‘bebalisme’, penulis bercadang untuk menghayati psiki ‘bebalisme’ yang ketara dan kelihatan di bawah projek penjanaan bebal Barisan Nasional.
Bayangkan jika ada iklan kemasukan pusat pengajian tinggi sebegini:
Read More / Baca Lagi >>