Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Bible: PAS gesa ambil tindakan provokasi Perkasa


Image may be NSFW.
Clik here to view.
TEMERLOH:
PAS mengecam tindakan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang mengarahkan dibakar kitab penganut agama Kristian, Bible, kerana tindakan tersebut bercanggah dengan Islam dan menggesa kerajaan bertindak.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, provokasi tersebut jika tidak diambil tindakan dikhuatiri akan menimbulkan perbalahan dan suasana yang tidak harmoni dalam negara ini.

“Dalam sebuah hadis jelas Nabi Muhammad mengatakan dihina tuhan-tuhan orang kafir, kelak mereka akan menghina tuhan kamu iaitu Allah.

“Sebab itu pihak berkuasa tidak seharusnya berdiam diri tetapi mesti bertindak sebelum api keagamaan atau perkauman itu marak,” katanya selepas mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pahang di sini hari ini.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyeru umat Islam bersatu dan membakar kitab Injil yang menggunakan nama Allah dalam perhimpunan pertubuhan tersebut di Pulau Pinang baru-baru ini.

Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913