Oleh SYUKRI RAZAB
Sebagai
sebuah pergerakan sosial, Gerakan Mahasiswa juga boleh dianggap sebagai
gerakan bersifat politikal kerana sering terbabit dalam isu isu
nasional yang melibatkan kepentingan Negara. Kebersamaan mahasiswa dalam
isu kritikal seperti perjuangan menuntut kebebasan akademik, autonomi
universiti dan pendidikan percuma sememangnya sudah diketahui umum. Aksi
mahasiswa yang sering kali bersifat radikal juga sering menggemparkan
dada-dada akhbar.
Seperti
mana gerakan lain, Gerakan Mahasiswa juga tidak terkecuali daripada
sifat dinamik yang membolehkan cara kerja gerakan sentiasa berkembang
mengikut keperluan dan peluang.
Setelah meniliti metod gerakan mahasiswa sepanjang 2 tahun kebelakang, Gerakan Mahasiswa berkembang daripada gerakan berbentuk issue basis kepada gerakan berbentuk spesifik yang memiliki agenda tersendiri.
Pada
pasca 2010 sehingga 2011, Gerakan Mahasiswa sering bersifat reaktif
pada isu-isu nasional seperti kenaikan harga petrol, isu Lynas Gebeng,
isu politik lucah dan penggantungan Prof Aziz Bari oleh pentadbiran UIA.
Episod
perjuangan ini telah menyorong Gerakan Mahasiswa kepada satu idea
tuntas pada penghujung 2011 apabila Gerakan Mahasiswa tampil dengan idea
untuk memberi fokus kepada perjuangan menuntut Kebebasan Akademik dan
Autonomi Universiti. Idea ini telah menjadi punca kepada tercetusnya
peristiwa penurunan Bendera Perdana Menteri di PWTC pada 17 Disember
2011.