KUALA LUMPUR, 25 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak
menafikan cita-citanya ialah untuk mengisi jawatan Perdana Menteri (PM)
memandangkan ia dapat memberikan laluan kepadanya untuk melaksanakan
perubahan, namun Ketua Pembangkang tersebut hasrat tersebut perlu
direstui dan mendapat sokongan dalam Pakatan Rakyat (PR).
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Menurut Anwar (gambar) yang dipetik dalam akhbar Sinar Harian hari
ini, perkara yang lebih ditekankannya ialah kualiti pemerintahan yang
lebih baik berbanding dengan krajaan Umno-Barisan Nasional.
“Ya, kalau ada sokongan Insyaallah... Tetapi yang lebih penting itu apakah yang kita mampu lakukan berbeza daripada keupayaan Perdana Menteri pimpinan Umno-BN.
“Kerana jawatan itu membolehkan kita melaksanakan pelbagai program umpamanya,” kata Anwar.
Anwar juga berkata, jika PR memerintah perkara utama dalam pentadbirannya adalah isu ketelusan serta membantu mengurangkan beban rakyat.
“Tetapi kalau kita ada keupayaan membuktikan isu-isu pendidikan percuma, meringankan beban rakyat, meningkat mutu kesihatan, hal-hal itu bagi saya, impian saya.
“Kita boleh laksanakan dan kita boleh buktikan,” tambah beliau.
Walaubagaimanapun, Anwar mengakui orang Melayu antara golongan yang masih tidak memahami isu-isu yang dibawa oleh PR kerana masih terpengaruh dasar Melayu yang dibawa oleh parti pemerintah.
“Kalau orang miskin Melayu yang banyak terlantar, tidak terbela, tapi mereka rasa selesa kerana dasar Melayu itu memang diungkapkan.
“Walaupun dia berada dalam keadaan paling miskin, rumah paling robek, bendera BN paling besar. Itu kerana dia tidak dapat menangkap isu-isu yang kita bangkitkan,” tambah Anwar lagi.
Anwar juga sedar terhadap tuduhan keatasnya beberapa tahun kebelakangan ini yang mengatakan PR ditubuhkan kerana cita-citanya untuk menjadi perdana menteri tetapi dinafikan oleh pemimpin utama PKR itu.
Read More / Baca Lagi >>