[MK] Lebih banyak kontroversi menyelubungi surat ucapan tahun baru dari
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak selepas pembangkang
menerima satu lagi aduan mengenai berpuluh surat tersebut dihantar
kepada orang yang tidak dikenali di sebuah rumah di Petaling Jaya.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Clik here to view.

ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh (kiri dalam gambar) yang juga menjaga
kawasan pilihan raya Bukit Gasing berikutan kematian wakil raknyat,
berkata aduan terbaru itu datangnya dari sebuah rumah di kawasan
berkenaan.
"Pemilik rumah tersebut telah menerima 28 surat daripada BN, tetapi dia
tak kenal pun mereka," katanya dalam sidang akhbar bersama ADUN Kampung
Tunku, Lau Weng San dan Kasthuri Patto, iaitu setiausaha politik kepada
pemimpin DAP, Lim Kit Siang.
Read More / Baca Lagi >>