Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Idris Haron bakal KM Melaka?

$
0
0
Shahbudin Husin
 
Apabila Ali Rustam baru-baru ini mengesahkan keinginannya untuk bertanding kerusi Parlimen pula dalam pilihanraya akan datang, jawatan Ketua Menteri Melaka yang disandangnya sejak 1999, mula menjadi rebutan dan perhatian beberapa tokoh politik negeri itu.Ali Rustam berkata, beliau sudah pun memaklumkan hasratnya itu kepada Najib dan kini terserah kepada Najib untuk membuat keputusan sama ada menerima atau menolak hasratnya itu.
Antara nama-nama yang disebut bakal menggantikan Ali Rustam sebagai Ketua Menteri Melaka ialah Idris Haron (gambar), Ahli Parlimen Tangga Batu yang juga Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Exco Kerajaan Negeri, Ahmad Hamzah dan Mat Sirat Abu, Ahli Parlimen Bukit Katil yang merupakan orang kepercayaan Ali Rustam.
Sebelum menjadi Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam juga pernah menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan dan kembalinya beliau bertanding kerusi Parlimen, harapannya tentulah beliau diberikan jawatan menteri penuh atau sekurang-kurangnya timbalan menteri andainya BN mampu mengekalkan kuasanya selepas PRU 13 ini.
Sebagai Pengerusi UMNO Melaka dan Ketua UMNO Bukit Katil, jika permintaannya untuk bertanding kerusi Parlimen ditunaikan oleh Najib, beliau mungkin bertukar kerusi dengan Mat Sirat. Ini akan menjadikan Ali bertanding di Parlimen Bukit Katil dan Mat Sirat pula bertanding di kerusi DUN yang sekarang ini dipegang oleh Ali Rustam.
Di antara ketiga-tiga nama yang disebut bakal menggantikan Ali Rustam itu, Idris Haron yang juga ahli MT UMNO diketahui paling kuat melobi Najib bagi mendapatkan jawatan tersebut. Beliau kini dikatakan menggunakan pengaruh seorang ahli MT iaitu Azeez Rahim, Pengerusi Kelab Putra UMNO untuk tujuan tersebut.
Azeez yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Najib dan Rosmah dikatakan sedang memainkan peranannya untuk meyakinkan Najib bahawa Idris Haron adalah pilihan yang sesuai dan tepat untuk menggantikan tempat Ali Rustam itu.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913