Jurucakap yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan bahawa kegagalan untuk mengemukakan pelan PDF dalam tempoh 10 bulan TOL dikeluarkan boleh membawa kepada pengantunggan atau pembatalan lesen pelombong Australia itu.
“Jika mereka tidak mengemukakan kepada AELB, kami akan menggunakan kuasa dan autoriti yang kita ada, “katanya, menunjuk kepada Seksyen 22 Akta Pelesenan Tenaga Atom1984 (Akta 304).
Jika Lynas melanggar apa-apa syarat dalam TOL, AELB mempunyai pilihan di bawah Seksyen 22 termasuk penggantungan dan pembatalan lesen.
Apabila ditanya sama ada AELB perlu membayar pampasan kepada Lynas jika terdapat penggantungan atau pembatalan TOL, jurucakap merujuk kepada Seksyen 22 (3) undang-undang sama.
Seksyen 22 (3) menyatakan pemegang lesen itu, dalam kes Lynas, tidak akan mempunyai apa-apa tuntutan atau berhak kepada pampasan bagi kerugian yang dialami disebabkan lesen dibatalkan, digantung atau tidak diperbaharui.
Read More / Baca Lagi >>