Setidak-tidaknya dua kes yang
amat menyedihkan berlaku di negara ini yang melibatkan kematian. Kes yang
pertama ialah kes kematian William Yau seorang kanak-kanak yang berumur enam
tahun yang dilarikan oleh orang yang tidak dikenali di Putra Heights
minggu lepas. Mayatnya dijumpai di Pelabuhan Kelang dan dikenal pasti oleh
ibunya sendiri Goh Ying Ying semalam sebagai anaknya yang telah hilang dicolek sejak seminggu yang lalu.

Setiap hari ada sahaja berita
manusia dibunuh dan mayatnya dijumpai merata-rata samada di dalam semak atau di
dalam longkang serta di kebun-kebun kelapa sawit dan dimana-mana. Bangkai
kucing pun susah untuk ditemui tetapi mayat manusia bergelempangan di mana-mana
seolah manusia ini lebih rendah dari haiwan seperti kucing dan anjing. Jumlah
kematian manusia dibunuh dalam tempoh dua tiga tahun ini sahaja mungkin
melebihi jumlah kematian di dalam peperangan Iran Iraq dahulu walaupun
peperangan itu melibatkan penggunaan senjata berat dan berbagai-bagai alat
peperangan yang canggih-canggih. .
Read More / Baca Lagi >>