Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Nan Telinga : Tawaran mega 3+6 Pakatan boleh hancur negara....yang hancur sebenarnya UMNO..nak songlap duit minyak Ganu deh..!!!

$
0
0
KUANTAN– Tiga tawaran mega peringkat Pusat dan enam  peringkat negeri yang diumumkan Pakatan Rakyat (PR) bagi rakyat Pahang sekiranya menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak munasabah dan boleh menghancurkan masa depan negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, rakyat seharusnya bijak menilai dan jangan mudah terpengaruh dengan tawaran pakatan pembangkang yang sentiasa menabur pelbagai janji.
“Sejak dahulu lagi pembangkang hanya tahu menabur janji bagi mengelirukan rakyat.

“Antara tawaran yang dijanjikan sekiranya mereka dapat memerintah Pahang ialah menyediakan lot-lot rumah untuk rakyat dan menyelesaikan permohonan tanah yang sudah sekian lama dalam permohonan.

“Apa yang dijanjikan itu sebenarnya telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakyat,” katanya ketika sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913