SHAH ALAM – Pas menggesa mufti di setiap negeri supaya mengadakan
muzakarah terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang
menyentuh hukum agama Islam bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam.
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, langkah
itu perlu diperhalusi dan pemegang fatwa perlu lebih berhati-hati
khususnya dalam memberikan maklum balas terhadap isu kalimah ALLAH yang
kembali menjadi kontroversi sejak akhir-akhir ini.
"Kenyataan ini saya ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Husseinyang telah memberikan kebenaran untuk menggunakan nama ALLAH dalam Bible berbahasa Melayu.
"...sebagai mufti dia sepatutnya menjadi penasihat bagi kerajaan kerana bidang kuasa mufti hanya terhad kepada negeri yang diwakili sahaja,” dakwanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam yang menyifatkan umat Islam akan menjadi kafir sekiranya membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH.