
Lebih kurang 2 km dari tempat ceramah Ustaz Fadhil itu adalah ceramah UMNO dan penceramahnya ada Ketua Pemuda UMNO iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang diadakan di Balai Raya Felda Lubok Merbau.
Dua petugas bergelimpangan di dalam longkang. Salah seorang daripadanya telah dibawa ke hospital dan telah meninggal dunia. Beliau adalah Othman Talib. Rupa-rupanya beliau telah dipukul atau dihentak diatas kepalanya, walaupun tidak berdarah tetapi hentakan itu adalah sangat parah. Suhaimi Said dan Syed Ibrahim, iaitu AJK PAS Pusat yang juga seorang peguam, telah pergi ke Balai Polis Lubuk Merbau untuk membuat laporan polis. Antara mereka yang hadir ialah Man Kadir (Pak Jabit) dan Pak Harun. Buku bertajuk 'Peristiwa Berdarah Felda Lubuk Merbau' dan 'Peristiwa bergambar Felda Lubuk Merbau' telah diharamkan. Penulis dua buku ini Suhaimi Said telah ditahan di bawah ISA.[1]
Antara mangsa dalam tragedi Felda Lubuk Merbau pada 18 Januari 1985 ialah :
Ibrahim bin Tahir - ditetak dengan senjata tajam
Nasir bin Muhammad- dipukul dengan besi di kepala
Shamsuddin bin Sulaiman - ditetak dua liang di kepala dan ditikam di muka dan dahi.
Ayub Mat Shah - dihentak dengan bata dan ditikam dengan botol pecah dan dipukul dengan kayu.
Ahmad bin Tahir - dipukul dengan kayu,dibaling dengan batu-bata di muka.
Osman bin Talib - retak di kepala dan terbunuh.
Sehingga kini, kes tersebut tidak dapat diselesaikan.[2]