Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Dedah penglibatan Dr M dalam projek IC, Ketua P’raya KEADILAN Sabah diheret RCI

$
0
0
 KUALA LUMPUR 28 Jan: Ketua Biro Keselamatan, Imigresen dan Reformasi Pilihan Raya KEADILAN, Dr Chong Eng Leong dipanggil menjadi saksi dalam Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai pemberian kewarganegaraan kepada warga asing di Sabah.
“Bermula esok saya akan tampil sebagai saksi. Minggu ini ada empat sidang sebelum disambung semula pada 22 Februari,” kata Chong Eng dihubungi.
“Saya tak boleh beri apa-apa komen sehingga selesai memberi keterangan dalam siasatan tersebut,” katanya lagi ketika ditanya perkembangan lanjut berhubung siasatan itu.
Beliau sebelum ini mendedahkan dalam Suara Keadilan edisi 28 Ogos 2012 berhubung keterlibatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memberi kewarganeraan kepada warga Filipina dan Indonesia di Sabah.
Menurutnya, Projek IC Mahathir atau ‘Projek M’ telah menambah secara drastik jumlah penduduk Sabah dan membenarkan pendatang asing menjadi pengundi sah.
Chong Eng turut mendedahkan terdapat 200,000 nama warga asing hasil dari ‘Projek IC’ dalam senarai pemilih di Sabah dari jumlah keseluruhan 950,000 pengundi berdaftar.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913