Dalam minggu ini ada dua lawatan dilakukan oleh tokoh besar politik
negara ini. Satu lawatan ke luar negara melibatkan Perdana Menteri Mohd
Najib Razak, melawat ke Gaza, Palestin, kedua lawatan Menteri Besar
Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Penang, Malaysia. Kedua lawatan itu
membawa signifiken tersendiri dan ia bersifat politik namun tetap ada
cebisan-cebisan kebaikannya.
Najib menamakan lawatan ke Gaza sebagai lawatan kemanusiaan, untuk melihatan kesangsaraan umat muslim di sana yang diserang oleh Israel. Lawatan Najib adalah pertama kali dan dicatatkan sebagai satu sejarah buat dirinya dan Malaysia, kerana menjadi perdana menteri pertama melawat bumi Gaza.
Najib menghabiskan masa enam jam untuk melihat dengan mata kepala sendiri kesangsaraan dan kekejaman Israel terhadap Gaza dan penghuninya. Najib melahirkan rasa “kemanusiaannya” dan menggali erti humaniti terhadap apa yang dilihat itu. Dalamn kunjungan itu beliau berjumpa dengan Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh sempat bergambar dengan kanak-kanak menjadi yatim piatu akibat keganasan Israel laknatullah.
Nampak juga dia berdoa di hadapan sebuah bangunan atau jentera rosak akibat keganasan Israel. Lokasi itu bagi menunjukkan betapa kejam dan ganasnya Israel. Lawatan Najib tentunya menggembirakan penduduk Palestin. Bagi rakyat Paletin lawatan Najib itu sebagai kesenimbungan kepada lawatan dan kunjungan ribuan rakyat Malaysia ke Gaza sebelum ini. Lawatan yang didambakan akan membawa sinar perdamaian dan keharmonian di bumi Palesatin?
Sebenarnya sebelum Najib memberanikan diri ke Gaza sudah berbagai puak dan NGO serta individu yang berulang alik ke Gaza untuk memberi bantuan kepada umat Islam di sana. Jadi sebenarnya pemergian Najib ke Gaza bukan sejarah dan pertama kali rakyat negara ini, tetapi sudah yang entah ke berapa kali. Cuma sebagai perdana menteri, iya yang pertama. Kejayaan Najib menjejak kaki ke Palestin (mungkin tidak ditimbus debu) bukan sesuatu yang perlu diangkat sangat.
Read More / Baca Lagi >>