![]() |
Abduh tanding Pasir Mas? |
Adalah dibimbangi kalau PAS tidak bersedia menggugurkan wakil-wakil rakyat ini ia bakal mempengaruhi pengundi untuk tidak memilih PAS dalam pilihan raya akan datang. Mereka ini perlu digugurkan kerana beberapa sebab dan faktor.
Antaranya, kerana menghadapi masalah kesihatan kronik, mengalami kes-kes peribadi, (mini skandal) kurang berprestasi sebagai wakil rakyat parti memerintah dan sudah lebih dari dua penggal menjadi Adun atau tidak kurang tiga kali bertanding dalam pilihan raya.
Sekiranya PAS ataupun Pesuruhjaya PAS negeri Nik Abdul Aziz Nik Mat merasa berat hati untuk membuat pertukaran kerana pertimbangan-pertimbangan tertentu, setidak-tidaknya 15 wakil rakyat yang ada sekarang perlu digugurkan tanpa berkompromi. Mereka ini diklasifikasikan berhadapan dengan masalah boleh menjejaskan peluang PAS untuk memenangi 2/3 kerusi di DUN Kelantan.
![]() |
Sallahudin balik negeri. |
Dari 20 orang wakil rakyat tadi ia meliputi dari semua kawasan Parlimen, dengan kedudukannya tiga Pasir Puteh dan Kota Bharu, masing-masing dua Rantau Panjang, Pasir Mas, Tanah Merah dan Bachok dan satu masing-masing di Ketereh, Jeli, Kuala Krai, Machang dan Pengkalan Chepa.
Sekiranya PAS akan melakukan pengguguran, sekurang-kurang 15 wakil rakyat, ini bermakna PAS akan mendapat 17 ADUN baru dalam pilihan raya akan datang. Dua kerusi lagi yang tidak melibatkan pengguguran wakil rakyat dijangka di Bunut Payung dan Tendong. Tendong wakilnya meninggal. Manakala sekiranya benar PAS akan mengambil alih kerusi Pengkalan Kubur ia menjadikan 18 muka baru.
Read More / Baca Lagi >>