
Keputusan untuk menganugerahkan projek bernilai RM2.47 billion ini kepada sebuah syarikat asing dengan mengenepikan sepenuhnya syarikat tempatan yang berkemampuan mengundang seribu satu persoalan. Ini jelas melanggar nilai merit yang diambil kira dalam penilaian tender dan menjadi polisi kerajaan iaitu sebuah syarikat asing harus bergabung (JV) dengan syarikat tempatan demi perkongsian pengalaman dan agar dana yang besar tidak hanya teralir keluar tetapi turut dinikmati dan memperkukuhkan korporat tempatan.
Menurut semakan ringkas yang SAMM lakukan Samsung Enggineering & Conctruction bukan asing di Malaysia, antara projek besar yang syarikat ini pernah terlibat di Malaysia ialah 2ndtower KLCC, namun rekod menyatakan pembinaan tersebut hampir 100 % menggunakan khidmat kontraktor Korea Selatan dan luar negara yang dipilih Samsung sendiri. Langsung tidak ada perkongsian dengan syarikat tempatan. Ini beerti hampir 100% wang negara teralir ke luar. Malah selepas siap Samsung Engeenering dikatakan terus keluar dan langsung tidak ada sumbangan kalau ada pun ia amat minima dalam negara lagi.
Selepas itu nama syarikat Korea Selatan ini senyap sehinggalah wujud tawaran pembinaan menara warisan 118 tingkat. Samsung mula mendekati beberapa mereka yang berkedudukan penting dalam negara.
Dirakamkan juga pertemuan telah dilakukan di Korea Selatan bersama Perdana Menteri dengan Presiden Samsung untuk usaha melobi. Malah lobi bukan sahaja berlaku dikalangan mereka berkedudukan rasmi sahaja malah turut libat anak PM sendiri.
Read More / Baca Lagi >>