Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

RCI pendatang asing Sabah gagal heret ‘tangan ghaib’ – Fuziah

$
0
0
KUALA LUMPUR 31 Jan: Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) gagal mengheret ‘tangan ghaib’ yang terlibat dalam pemberian kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah.
Katanya, ini kerana RCI itu hanya memfokuskan kepada operasi tetapi tidak menyiasat individu yang bertanggungjawab.
“Kalau mengikut laporan RCI yang sedang berlangsung sekarang, kita dapati perkara-perkara yang disiasat hanya pada permukaan, seolah-olah melepaskan batuk di tangga,” kata Ahli Parlimen Kuantan itu ketika dihubungi.
“RCI tak selidik siapa yang bertanggungjwab, contohnya penglibatan Setiausaha Politik Dr Mahathir, Abdul Aziz Shamsuddin. Ia membuktikan wujud ‘tangan ghaib’ yang mengarahkan semua itu,” jelasnya.
Menurut Fuziah, pendedahan tersebut merupakan isu besar, namun melihat kepada perjalanan RCI di Kota Kinabalu, ia tidak akan menjurus ‘tangan ghaib’ tersebut.
“Saya yakin operasi pemberian IC tersebut melibatkan pengkhianatan oleh pihak tertinggi kepada rakyat Malaysia,” katanya.
“Saya seru agar pihak RCI gunakan prosiding tersebut untuk selidik siapa sebenarnya yang memberi arahan tersebut. Gali isu ini, bukan hanya fokus kepada pegawai-pegawai di bawah yang terlibat,” katanya lagi.
RCI memulakan prosiding pada 14 Januari lalu dengan menampilkan 48 saksi.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913