Isu Melayu Johor yang paling miskin ini didedahkan
oleh Abdul Razak Ismail, penyelaras PKR Parlimen Pasir Salak dalam
satu program di Kampung Tersusun Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak
Jumaat lalu.

Ini ekoran pendedahan oleh Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas pada 15 Januari lalu.
Isu Melayu Johor yang paling miskin ini didedahkan oleh Abdul Razak Ismail, penyelaras PKR Parlimen Pasir Salak dalam satu program ceramah yang diadakan di Kampung Tersusun Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak Jumaat lalu.
Turun hadir dalam program tersebut ialah Osman Abdul Rahman, Ketua Cabang PKR Pasir Salak yang juga merupakan penyelaras DUN Sungai Manik.
Pendedahan oleh Syed Ali tersebut begitu memeranjatkan banyak pihak kerana selama ini kita diberi gambaran dan tanggapan salah oleh media arus perdana dan eletronik serta pemimpin-pemimpin Umno bahawa orang Melayu di Kelantan yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS kononnya yang paling miskin di Malaysia.
Jadi jelaslah walaupun Johor merupakan negeri yang dikuasai oleh Umno/BN sejak 55 tahun yang lalu dan merupakan negeri pengasas UmnonAllahyarham Datuk Onn Jaafar sendiri tapi hakikatnya nasib orangnMelayu di negeri tersebut terus diabaikan.
Read More / Baca Lagi >>