Pendedahan mengejutkan bekas rakan perniagaan Rosmah Mansor, Deepak Jaikishan berhubung akuan bersumpah (SD) yang dibuat bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam membuktikan wujudnya konspirasi peringkat tertinggi bagi menutup penglibatan perdana menteri Najib Altantuya dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada 2006.
Tidak lama selepas itu, bekas ketua polis negara, Musa Hassan pula tampil dengan kenyataan mengerikan membuatkan lidah Najib Altantuya kelu untuk menjawab dan hanya berani mengucapkan takziah kepada penuntut Malaysia yang meninggal dunia di London pagi tadi di Twitter.
Apa yang menyebabkan kedua-dua bekas orang suruhan Najib Altantuya berbuat demikian?
Mudah saja, jika anda sudah tidak diperlukan lagi menyelamatkan perniagaan kroni dan suku sakat, bersedialah untuk ditendang keluar umpama kucing kurap.
Bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad dipercayai dalang di sebalik keluarnya dari pertapaan kedua-dua nama besar yang pernah menjadi topik hangat sebelum menghilangkan diri akibat tekanan berterusan yang dikenakan ke atas mereka.