
Tan
Sri Abu Talib Othman menggambarkan sistem penguatkuasaan trafik
diswastakan yang dilancarkan September lepas sebagai satu kes jelas
kerajaan bersikap sambil lewa tanpa rasa hormat kepada kedaulatan
undang-undang atau hak asas rakyat. — Gambar oleh Siow Feng Saw
“Ia adalah benar-benar tidak adil dan tidak munasabah untuk membenarkan saman dikeluarkan tetapi tidak membenarkan pendakwaan kes itu jika seseorang atau orang-orang yang disaman ingin mencabar tindakan pihak berkuasa itu.
“Di manakah mereka pergi untuk mendapatkan keadilan? Mahkamah mesti bertindak secara bebas dan tidak menerima arahan daripada Pendakwa Raya,” kata beliau dalam temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.
Pejabat Peguam Negara dan kerajaan persekutuan dikritik hebat bulan lepas diatas pembekuan pendakwaan pesalah trafik di bawah AES akan tetapi membenarkan sistem itu untuk terus beroperasi.
Pembekuan saman itu diarahkan selepas bantahan terhadap sistem tersebut yang telah mengeluarkan 300,000 saman sejak ia bermula pada 23 September tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>