Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Royalti : 'Fatwa' Nik Aziz zalimi rakyat - Mustapa

$
0
0
PASIR MAS – Kenyataan dikeluarkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengenai menteri yang bertanggungjawab menafikan hak Kelantan dalam agihan royalti minyak dikatakan menzalimi rakyat.

Pengerusi badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata demikian selepas melihat kenyataan dikeluarkan tidak bersandarkan fakta.

Menurutnya, Nik Abdul Aziz diminta bercakap dengan fakta yang lengkap kerana dikhuatiri menzalimi dan menganiaya rakyat tidak bersalah.

“Biarpun ia sekadar pandangan, ia perlulah mempunyai fakta kukuh lebih-lebih lagi ia dijadikan sebagai fatwa.

“Lebih memburukkan keadaan sekiranya ia jatuh kepada tuduhan, maka pihak yang dituduh akan mendapat natijah buruk sekiranya ia palsu,” katanya, selepas majlis bersama rakyat seluruh Parlimen Pasir Mas, kelmarin.

Beliau turut mempersoalkan kelayakan Nik Aziz mengulas mengenai perkara terbabit, meskipun beliau mempunyai pengetahuan agama luas.

Menurutnya, tiada siapa layak menghukum umat lain, malah meletakkan mereka di dalam syurga atau neraka.

Dalam kenyataan Nik Abdul Aziz, beliau menegaskan Menteri menafikan hak Kerajaan Pas Kelantan terhadap royalti minyak akan dimasukkan ke dalam neraka.

Menurutnya, tidak ada kuasa yang boleh menyekat menteri terbabit dimasukkan ke dalam neraka kecuali menerusi syafaat Nabi Muhammad SAW.

Nik Abdul Aziz mempersoalkan sebab royalti minyak tidak diserahkan kepada kerajaan Pas Kelantan sedangkan mereka mendapat habuan daripada perlombongan emas yang diusahakan sebuah syarikat dari negara Cina.

 INI ASAS TUNTUTAN KAMI.

FAKTA ASAS TUNTUTAN ROYALTI KELANTAN - SEBAR SELUASNYA

SIAPA TIPU RAKYAT KELANTAN?


ASAS TUNTUTAN ROYALTI KELANTAN
GABUNGAN PROFESIONAL MENUNTUT ROYALTI, PENDARATAN MINYAK DAN GAS KE KELANTAN (ROYALTI)
TUNTUT PETRONAS DAN KERAJAAN MALAYSIA SUPAYA


1. PENGELUARAN MINYAK DAN GAS KELANTAN DI MEDAN [PETA MINYAK & GAS DILAMPIRKAN]

1. MEDAN PERTINDIHAN KELANTAN – TERENGGANU

Pengeluaran adalah mengikut Sempadan Laut 1987 (DILAMPIRKAN), maka Medan Lawit, Medan Jerneh dan Medan Bintang adalah berada dalam sempadan Kelantan – Terengganu.


2. BLOK PM 301 DAN PM 302 (100 % MILIK KELANTAN TANPA PERTINDIHAN)

Ekpslorasi di PM301 & PM302 diberikan kepada CS Mutiara Petroleum Sdn Bhd.
Syarikat milik 50:50 Petronas Carigali Sdn Bhd dan Shell Exploration And Production Malaysia BV.

Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913