
Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada keluaran Sinar Harian semalam berhubung kenyataan Pegawai Pembangunan Dun Ladang, Datuk Wan Hisham Wan Salleh tentang mengadakan debat isu nasib penghuni Pangsapuri Ladang Gemilang.
“Dengan ini saya ingin menyatakan bahawa saya menerima cadangan untuk mengadakan debat tersebut demi kebaikan penghuni-penghuni Pangsapuri Ladang Gemilang seperti yang dicadangkan oleh Pegawai Pembangunan Dun Ladang,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan debat itu akan diadakan secara teratur dengan seorang moderator dari institusi pengajian tinggi yang berpengalaman mengendalikan debat seperti itu.
“Adalah juga diharapkan penduduk-penduduk dan penghuni Ladang Gemilang khususnya dapat menghadiri upacara tersebut,” ujarnya.