Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Dihalang masuk Felda, Anak minta campurtangan polis

Pengerusi Anak Mazlan Aliman dalam memorandumnya berkata bantahan dibuat apabila Kembara Oren sebelum ini dihalang daripada masuk ke kawasan rancangan Felda di Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar menyatakan bantahan terhadap sekatan dan halangan masuk ke dalam kawasan Felda untuk sebarang aktiviti termasuk ceramah dan ‘Kembara Oren’.
Memorandum itu diserahkan kepada Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf di pintu masuk utama Bukit Aman di sini petang tadi.
Pengerusi Anak Mazlan Aliman dalam memorandumnya berkata bantahan dibuat apabila Kembara Oren sebelum ini dihalang daripada masuk ke kawasan rancangan Felda di Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan.
Halangan itu dibuat Pengurus Felda kawasan yang menggunakan peruntukan Seksyen 34 Akta Tanah (Kawasan-kawasan Penempatan Berkelompok) (GSA) 1960 yang memberi kuasa kepada Felda untuk melarang sesiapa sahaja daripada kawasan tanah rancangan.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913