Lim Guan Eng GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng dukacita dengan kenyataan Timbalan Pendana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan permintaannya adalah satu kerja bodoh berhubung gesaan beliau supaya rakyat memakai baju warna tertentu untuk menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) pada 11 Februari ini.

Menurutnya, beliau kesal dengan serang peribadi Muhyiddin didakwa menggunakan bahasa kurang sopan.

“Saya berasa dukacita bahawa Timbalan Perdana Menteri menggunakan bahasa yang tidak senonoh terhadap saya.

“Saya tidak mahu buat serangan peribadi (seperti) dibuat Timbalan Perdana Menteri khususnya berkaitan persembahan artis porpular Korea, Psy pada hari Isnin ini. Saya tidak mahu menjawab (membalas) dengan nada yang sama,” katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.