Senarai daftar pengundi SPR : Terbaru,
pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
ada mengatakan senarai daftar pengundi adalah bersih
dan beliau memberikan jaminan proses Pilihanraya Umum ke 13 (PRU ke 13)
akan jadi yang terbaik. Nah…..di manakah kebenarannya?
Senarai Daftar Pengundi : Antara Langkah & Usaha Yang Dilakukan SPR?
- Senarai daftar pengundi SPR sehingga Disember 2012 adalah sekitar sekitar 13.3 juta pengundi (termasuk di Sabah)
- SPR membersihkan senarai daftar pengundi dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana JPN mempunyai bidang kuasa untuk menentukan sama ada seseorang itu adalah warganegara atau bukan warganegara
- RM400 juta diperuntukkan bagi mengurus pilihan raya umum di seluruh Malaysia, di mana RM52 juta diperuntukkan bagi mengurus pilihan raya umum di Sabah yang mempunyai daftar pengundi seramai 969,497
- undi awal
- wujudnya akses media bagi parti-parti politik
- pemerhati antarabangsa dan pemerhati tempatan
- penggunaan dakwat kekal
- kemudahan undi pos untuk semua rakyat Malaysia di luar negara
Kami lebih berminat untuk menyentuh di
Sabah terlebih dahulu disebabkan pelbagai isu yang timbul berkaitan
senarai daftar pengundi di Sabah apatah lagi dengan meletusnya
konspirasi & sindiket peringkat tertinggi negara melibatkan “projek IC Sabah“.
Di Sabah ceritanya cukup menarik untuk
diketahui rakyat Sabah amnya dan rakyat Malaysia umumnya. Kerajaan
Malaysia telah meminda satu Akta Kesalahan Pilihan Raya terhadap
seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002). Apa
kesannya?
Read More / Baca Lagi >>Senarai daftar pengundi yang digazetkan tidak boleh dibawa ke mahkamah oleh mana-mana pihak.