6 FEB ― Pilihan raya ke 13 semakin hampir. Serangan –
pendedahan isu sudah dan akan masuk pusingan terakhir. BN/Umno dikatakan
akan berhadapan dengan PRU 13 paling getir pernah dilalui. Ini adalah
andaian dan pendapat kepimpinan politik yang ada termasuk kepimpinan
tertinggi Umno sekali. Misi untuk menyerang Anwar dan Najib oleh
kedua-dua belah pihak berlaku dan semakin sengit. Namun apa yang boleh
kita lihat ialah – serangan pembangkang terus konsisten – satu persatu
isu dikeluarkan sedang kita masih tersangkut-sangkut dengan isu yang
sama.
Gerakan pendedahan mengenai Najib dan keluarganya semakin hangat – semakin dekat dengan pilihan raya semakin besar. Kita sudah dapat melihat beberapa isu baru sedang dimasak oleh pembangkang dan ia pasti akan diletupkan pada saat yang tepat dan masa yang sesuai. Dalam pada itu kita – masih lagi tersangkut – menoleh dan mencari – apa lagi yang boleh kita lakukan untuk meyakinkan rakyat bahawa BN dan Umno adalah pilihan untuk kestabilan negara. Ini perlu dibuat sekarang – di samping mula bertindak untuk menyerang pembangkang sebagaimana mereka menyerang kita – dalam isu yang lebih cerdik dan lebih memberi persepsi menyeluruh.
Tertanya www.umno-reform2.com mengenai mereka yang menyeberang masuk ke Umno dari PKR – suatu masa dahulu hebat dalam PKR – apa jadi dengan mereka? Apakah mereka berjaya dalam misi mereka? Kita lihat Ezam Mohd Noor dan gerombolan mereka – adakah mereka telah berjaya memecahkan benteng PKR – berjaya membawa orang untuk mengalih pandangan dari melihat ke Pakatan Rakyat kepada BN dan Umno? Adakah mereka berjaya dalam menahan perkembangan Pakatan Rakyat dalam membentuk persepsi bahawa mereka sudah sedia untuk memerintah negara?
Read More / Baca Lagi >>