Oleh Shahbudin Husin
Sejak wujudnya RCI yang berperanan untuk menyelesaikan isu pendatang asing di Sabah, M
ahathir
yang dikaitkan berperanan memberikan kad pengenalan kepada mereka
untuk membolehkan menjadi pengundi yang sah, beliau telah memberi tiga
reaksi yang berbeza mengenainya. Nampak benar beliau sedang kalut
dengan isu tersebut.
Pada peringkat awal inkuiri, nama Mahathir telah dikaitkan sebagai orang yang berperanan memberi kelulusan kepada projek itu melalui dua orang kanannya iaitu aruah Megat Junid Megat Ayob dan Aziz Shamsuddin. Projek itu dilaksanakan untuk memastikan UMNO yang baru dikembangkan ke Sabah dapat menumbangkan PBS dalam pilihanraya 1994. Bagaimanapun PBS terus berkuasa dengan kelebihan dua kerusi tetapi berikutan tindakan beberapa ADUN PBS melompat parti selepas itu, UMNO akhirnya dapat juga berkuasa di Sabah.
Ketika namanya disebut sebagai dalang utama pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing itu, Mahathir cuba berdalih dengan mengatakan Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripadanya kerana telah memberikan sejuta kad pengenalan kepada pendatang daripada China dan India ketika awal kemerdekaan dulu.
Mahathir juga bertegas bahawa jika RCI juga patut ditubuhkan untuk menyiasat apa yang dilakukan oleh Tunku itu.
Dalam hal ini Mahathir mungkin terlupa atau buat-buat lupa bahawa pemberian kewarganegaraan kepada orang Cina dan India ketika awal kemerdekaan dulu adalah syarat yang dipersetujui dengan British, tambahan pula mereka sudah berada di negara ini lebih awal daripada itu sama ada sebagai peniaga atau buruh kasar kepada penjajah British.
Sebagai timbal balik dan atas dasar peri kemanusiaan, maka British mahukan mereka itu diberikan kerakyatan Malaysia dan Tunku menyetujuinya kerana ingin memerdekakan negara ini.
Read More / Baca Lagi >>