Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13 : Tiada gunanya UMNO@BN berdolak dalih lagi

$
0
0
Oleh Mohd Rizal Jaafar
Apabila Umno mengajak orang ramai berhimpun, tidak kiralah samada di Stadium Bukit Jalil atau di Pusat Dagangan Dunia Putra,  media disana-sini pasti gegak-gempita dengan laungan kejayaan kerajaan serta sorakan rakyat terhadap parti bertuah ini.


Manakala kita golongan serba daif dan tertekan sesekali termakan umpan juga, terpaksa bersetuju dengan pendapat Umno kadang-kadang. Kita terpaksa menjadi pak turut. Saban minit kita dipertontonkan dengan berita sokongan tidak berbelah-bagi rakyat dari segenap pelusuk dan ceruk rantau negara.   Media cetak dan media elektronik pun nampaknya begitu bernafsu sekali mendedahkan kebijaksanaan pemimpin Umno, keperihatinan serta kewarasan isteri-isteri mereka. Mereka pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menelanjangkan gelagat terlampau pembangkang dan para penyokongnya dengan matlamat mahu melabel mereka sebagai pelampau bangsa, pengkhianat dan ekstremis agama.
Begitu teruk sekali pembantaian media kerajaan ini, sampai ke satu peringkat kita sendiri pun sudah tak tertahan lagi dengan sandiwara berpanjangan, lalu mengambil keputusan untuk menutup terus televisyen dan radio. Cukup-cukuplah!
Kita pun pandai juga membuat ramalan politik. Kita fikir kalau benarlah Umno dan sahabat Persatuan Cina Malaysia dan Kongres India Malaysianya sudah cukup hebat, maka tidak perlulah mereka bimbang lagi. Jangan ditunggu lama-lama, teruskan sahaja dengan pembubaran Parlimen dan jalankan segera Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13).
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913