Beberapa hari yang lepas saya
telah menulis tentang sikap Najib dan sikap biasa BN yang mereka hanya
menggunakan strategi melukah di tempat yang sempit dan genting. Mereka
menggunakan strategi memulas tangan dan memaksa rakyat memilih UMNO dalam
setiap pilihanraya. UMNO selama ini tidak mampu untuk kekal jika manusia di negara
ini sedang dalam kesenangan.
Hari ini Najib melakukannya
sekali lagi di Pulau Pinang. Kalau di Kelantan
isu bekalan air bersih menjadi umpan, di Pulau Pinang
pula Najib menggunakan isu kesesakan lalu lintas di negeri itu menjadi umpan
mereka pula. Ke sana
ke sini Najib berjanji bulan dan bintang asalkan sahaja mereka mendapat undi dan
terus memerintah secara rasuah dan tidak berintegriti itu. Masakan rakyat Pulau
Pinang mahu memberikan sokongan jika mereka tahu UMNO dan BN akan terus
melakukan rasuah dalam pentadbirannya tanpa had dan rakyat hanya di berikan
sistem LRT.
Read More / Baca Lagi >>