
Semalam
Bernama melaporkan Tan Sri Musa Hassan berkata pihak yang kalah dalam
pilihan raya akan datang mungkin akan melancarkan “Arab Spring” untuk
menjatuhkan kerajaan. — Gambar fail
“Sebagai bekas ketua polis negara, beliau harus berhenti membuat spekulasi seperti ini,” kata pemimpin Pemuda Sosialis DAP kepada The Malaysian Insider.
“Ini tidak memberi keyakinan kepada orang ramai untuk mengundi secara bebas dalam pilihan raya akan datang.
“Kenyataan beliau tidak membantu apa-apa. Beliau seharusnya percaya dengan pilihan rakyat.”
Bernama kemudian melaporkan kenyataan Musa bahawa polis seharusnya memulakan pencarian maklumat bagi mengelakkan “Arab Spring”, satu terma yang digunakan merujuk kepada kebangkitan politik di Asia Barat, dari datang ke negara ini.
Read More / Baca Lagi >>