Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Non-Muslim bukan musuh

$
0
0
Suatu hakikat yang mesti diterima oleh kita ialah kewujudan pelbagai bangsa dengan anutan pelbagai agama di negara kita. Interaksi yang berlaku dalam perhubungan ini mestilah dapat menjamin keharmonian dan kemakmuran serta tidak berlaku penindasan dan diskriminasi. Sekalipun Islam dianuti oleh hampir keseluruhan bangsa Melayu dan Melayu pula adalah mewakili majoriti warga Malaysia, Islam menyuruh agar menghormati penganut-penganut agama Kristian, Budhha, Sikh dan agama-agama lain dalam kalangan masyarakat bukan Melayu.
Prinsip terpenting yang mesti dipegang oleh bangsa Melayu dan umat Islam dalam hal ini ialah mesti memandang orang-orang bukan Islam sebagai manusia yang menjadi kewajipan kepada kita untuk mengajak mereka kepada
Islam sehingga mereka menerima Islam sebagai akidah atau bersedia untuk bernaung di bawah sistem hidup Islam.
Tidak seharusnya mereka dipandang sebagai musuh kepada Melayu dan Islam yang mengancam hak-hak keistimewaan Melayu dan kesucian agama Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913