Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Beban Tugas Guru Malaysia Semakin Bertambah? Benarkah? Senaraikan? Datuk Najib Mahu Selesaikan!


Sekarang memang ada kebenarannya yang mana kalangan guru-guru terlalu sibuk dengan kerja pengkeranian sehinggakan tugas utama, main core mengajar adakalanya terjejas. Agak berbeza dengan situasi jika dibandingkan dengan zaman 60-90an, guru dilihat fokus mengajar.
Oleh itu sekarang ini, Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin sekarang ini sedang berusaha keras untuk membantu menyelesaikan permasalahan yang dibebani kalangan guru di Malaysia hari ini.

Beban Tugas Guru Dikurangkan!

Datuk Seri Najib Razak berkata kaedah untuk mengurangkan beban tugas pentadbiran guru akan diberi perhatian segera dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Perdana Menteri (gambar) berkata langkah tersebut memerlukan tindakan supaya guru boleh menumpukan sebahagian besar masa mereka pada fungsi pengajaran teras.
Beliau berkata aspek bebanan tugas guru merupakan antara perkara yang telah dibincangkan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran.
“Itulah pembaharuan yang kita akan laksanakan bagi mengurangkan beban guru dalam tugas yang tiada kaitan dengan tugas utama sebagai pendidik,” katanya pada majils perayaan jubli emas Sekolah Sultan Alam Shah, di sini, malam tadi.
Najib berkata keperluan guru harus diberi keutamaan sebagai motivasi untuk mereka menyampaikan pengajaran secara berkesan di dalam dan luar bilik serta pencapaian dan kejayaan sesebuah sekolah itu bergantung kepada warga pendidik.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913