
Apa pun Parlimen ke-14 mesti bersidang pada 25 Ogos atau sebelumnya kecualilah bala menimpa kita maka Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan peruntukan Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan mengisytiharkan darurat atau emergency. Tarikh terakhir Parlimen sekarang mesti dibubar adalah 27 April.
Ada manusia sebut kalau Najib bijak dia sepatutnya telah lama mengadakan PRU (seperti ramalan meleset) pada bulan Jun dan Oktober tahun lepas. Kononnya tindakan sedemikian cerdik bagi menafikan banyak masa untuk pembangkang bersedia.
Baru tahukah Najib bukan seorang pelari pecut? Dia seorang atlet marathon! Ramai lupa: Najib menunggu 33 tahun baru jadi Perdana Menteri walau pun sepatutnya dia dilantik Perdana Menteri pada 2003.
Tetapi Dr Mahathir Mohamed telah membuat kesilapan terbesar dalam kerjaya politiknya… menyesal, menderita kesedihan selama lima tahun kerana kesilapan dan kekeliruannya tentang orang yang dipilihnya. Itulah kalau melihat orang pada lahiriah saja, tanpa menyelami hati perut, apa yang tersirat.
Read More / Baca Lagi >>