KUALA TERENGGANU:
Kerajaan Negeri Terengganu menguatkuasa larangan pemasangan bendera
mana-mana parti di semua jambatan dan bulatan di negeri ini mulai hari
ini demi keselamatan pengguna jalan raya.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said
berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah mengeluarkan notis amaran
kepada semua parti politik di kawasan masing-masing agar tidak memasang
bendera di dua lokasi berkenaan.
PBT diminta memastikan semua bendera parti politik tidak dipasang di jambatan sama ada sekarang mahu pun semasa kempen pilihan raya berikutan bantahan dan rungutan orang ramai mengenai tindakan itu boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal apabila bendera itu terjatuh di jalan raya, katanya.
"Selain jambatan, kita juga tidak membenarkan bendera dipasang di bulatan kerana boleh menghalang dan menjejaskan pandangan pengguna jalan raya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di sini.
Read More / Baca Lagi >>