KUALA LUMPUR, 15 Feb — Kerajaan Filipina menggesa sekumpulan
100 warga negara itu yang bersenjata dan kini dikepung pasukan
keselamatan Malaysia di pesisir pantai berhampiran Lahad Datu, Sabah
pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di tanah air mereka.
Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Besar Filipina di Kuala
Lumpur Johann Veronica M. Andal berkata pasukan tentera dan polis negara
itu kini memantau serta bertukar maklumat dengan rakan sejawatan mereka
di Malaysia dalam usaha mencari penyelesaian segera insiden itu.
"Pada masa sama, rondaan dan langkah keselamatan lebih ketat dipertingkat di perairan Tawi-Tawi dan pulau bersebelahan," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.
Pada 13 Feb lepas, pasukan keselamatan Malaysia menahan sekumpulan warga asing bersenjata yang berpakaian tentera kerana menceroboh perairan Lahad Datu, Sabah.
Andal berkata aktiviti kumpulan ini tidak dipersetujui kerajaan Filipina. — Bernama