Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Keluarga Sugumar desak Putrajaya beri kebenaran pakar forensik luar negara

$
0
0
KUALA LUMPUR, 15 Feb — N. Surendran, peguam keluarga C. Sugumar mendesak Putrajaya hari ini supaya membenarkan patologi forensik dari luar negara  untuk menjalankan bedah siasat kedua keatas mayat penjaga keselamatan yang didakwa mati dibelasah pihak polis.
Pakar dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand semalam mendedahkan punca beliau menolak untuk menjalankan bedah siasat keatas Sugumar adalah kerana Putrajaya meluahkan rasa kurang senang dengan tugasnya sebelum ini keatas pembantu politik DAP mendiang Teoh Beng Hock.
“(Perdana Menteri Datuk Seri) Najib mesti membetulkan kerosakan dan memberitahu kerajaan Thai supaya menghantar Pornthip,” kata Surendran kepada The Malaysian Insider hari ini.
Peguam PKR tersebut juga menegaskan tiada mana-mana ahli patologi persendirian di Malaysia yang menjalankan bedah siasat.
“Cadangan sebenarnya ialah untuk mendapatkan bedah siasat kedua yang bebas. Pornthip sangat terkenal dan bergerak bebas,” ujar beliau.
Dalam pada itu, laporan Bernama hari ini menyatakan Najib telah menafikan daripada menghalang Dr Pornthip daripada menjalankan bedah siasat kedua ke atas Sugumar.
Dr Pornthip sebelum ini terlibat sebagai pemerhati dalam bedah siasat kedua Teoh Beng Hock dan memberikan keterangan dalam Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) serta mendedahkan berlaku muslihat dalam kematian misteri pembantu khas DAP tersebut di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Selangor pada 2009.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913