Oleh Shahbudin Husin
Sambutan perayaan Tahun Baru Cina tahun ini sepatutnya menjadi perayaan yang bermakna bua
t
Najib. Ini kerana sambutan Tahun Baru Cina tahun ini merupakan
perayaan terakhir sebelum pilihanraya umum diadakan yang mana tarikh
edahnya ialah 28 April depan.
Setelah sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha penghujung tahun lalu, Krismas 25 Disember dan Thaipusam penghujung Januari yang lepas, Najib diramal banyak pihak akan membubarkan Parlimen selepas sambutan Tahun Baru Cina yang baru disambut beberapa hari lalu.
Selepas semua kaum menyambut hari raya masing-masing, maka sesuailah diadakan pilihanraya.
Dengan mengadakan pilihanraya selepas semua perayaan utama itu diadakan, Najib akan dilihat sebagai seorang yang bertoleransi kepada semua kaum. Ditambah dengan majoriti kaum Cina memperlihatkan sikap menolak BN, dengan mengadakan pilihanraya selepas perayaan mereka, Najib juga akan dilihat sebagai seorang pemimpin yang mengambil berat dan memahami perasaan kaum itu.
Sebab itu, perayaan Tahun Baru Cina kali ini Najib cuba membuat sesuatu yang luar biasa. Selain berlakon dalam sebuah filem iklan sempena sambutan Tahun Baru Cina, sesuatu yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini, Najib juga cuba mengambil hati kaum Cina dengan membawa supertar Korea, Psy yang popular dengan Gangnam Stylenya untuk menghiburkan mereka pada tahun ini.
Poster dan gambar Najib berpakaian Cina juga bersepah-sepah di tiang telefon dan tiang letrik seluruh negara, untuk memperlihatkan sikapnya yang seolah-olah bersama-sama kaum itu. Ditambah dengan kulitnya yang putih dan bibirnya yang merah, sekali pandang memang Najib kelihatan seperti seorang Cina dengan berpakaian begitu.
Read More / Baca Lagi >>