JIKA Parlimen Kuala Selangor dikatakan kukuh di bawah Pas, namun lain
pula ceritanya di Tanjong Karang. Parlimen ini dikatakan menjadi kubu
kuat Barisan Nasional (BN) melalui gerak kerja berterusan yang dilakukan
oleh jentera BN yang diketuai Ahli Parlimennya, Datuk Seri Noh Omar.
Dua Dun di bawah Parlimen Tanjong Karang iaitu Sungai Burong dan Permatang turut dimenangi calon BN iaitu Datuk Shamsuddin Lias (Sungai Burong) dan Sulaiman Razak (Permatang).
Pastinya, nama Noh cukup kuat bertapak di Parlimen Tanjong Karang sejak memenanginya pada 1995 dan pada Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12) lalu, beliau sekali lagi menang dengan majoriti undian 16,073 itu sekali gus berjaya menewaskan calon Pas, Mohamed Hanipa Maidin yang hanya menerima 12,253 undian sahaja. kemenangan yang diperolehinya itu menterjemahkan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan beliau selama ini.
Meskipun nama calon untuk bertanding kerusi itu pada PRU13 masih belum diumumkan, Noh positif dengan keputusan yang ditentukan dan bersedia menerima sebarang arahan demi kejayaan BN yang diwakili beliau.
Dalam satu majlis beliau berkata, tiga nama calon di setiap kerusi Parlimen dan Dun sudahpun diserahkan kepada penilaian pucuk pimpinan, namun sehingga kini teka-teki calon yang bakal bertanding untuk setiap kerusi menjelang PRU13 masih belum terjawab.
Read More / Baca Lagi >>