Ini pasangan Bonnie & Clyde yang ori
Dato Najib cakap berdegar degar sebagai pembela maruah bangsa Melayu. Tapi ramai kawan saya berkata, bagaimana dia hendak membela maruah bangsa, ketikamana, maruah dia sendiri tidak terjaga. Deepak menuduh dengan terang bahawa PM kita rasuah. dan ada juga kawan saya dari UMNO yang mengatakan, kalau kita bongkar semula prestasi Najib sebagai menteri pertahanan, mahu dia kena lokap 100 tahun. Jangan bimbang saya beritahu kawan saya- kita akan buat tribunal kaji semua termasuk Najib.
Najib nampak tidak ada keberanian mempertahankan maruah dia sendiri. Yang akan mengamuk ialah soldadu2 jalanan nya yang akan memaki hamun semua orang. Tapi Najib sendiri seperti biasa, akan membisu seribu bahasa dan lidah nya kelu tidak terkata. Sikap bacul macam ini tidaklah mengherankan. Dia tidak ada budaya berbahas dan berdebat. Dia hanya ada budaya monolog dan memerintah seperti seorang feudal.Dan dia bukan warisan orang yang berani. Ketika tok nenek saya bertombak dan berlembing, berparang dan berkeris melawan penjajah Inggeris, tok nenek Dato Najib berpoya poya dalam istana mungkin dengan gundek3 dari Mongolia.
Bila
Tokcai Mahathir nasihatkan Najib supaya jangan menjawab Deepak, kesan nya ialah
lagi berat. Deepak tulis surat terbuka mengikut tradisi yang diamalkan oleh
Mahathir sendiri. Mahathir memulakan tradisi menulis surat beracun dan surat
layang.
Kedua,
kerana ini nasihat dari seorang yang menasihat lebih baik berkawan dengan
syaitan- mahukah sesiapa mengikut nya? Hanya mak bapak yang miring kepala
menasihatkan anak2 supaya berkawan dengan budak jahat.
Read More / Baca Lagi >>