Suee Lim memotong reben merasmikan Pusat Wanita Berdaya Dun Sekinchan di Dewan Siti Khadijah, semalam.
SEKINCHAN - Keputusan kerajaan negeri untuk membubarkan Dun lebih awal disifatkan sebagai tindakan wajar berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih berteka-teki tarikh pilihan raya umum yang sebenar.
Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, tindakan itu disebabkan perdana menteri masih tidak meyakini sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) dalam usaha untuk mendapatkan kembali negeri-negeri yang ditawan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.
"Kerajaan negeri perlu mengadakan pilihan raya berasingan kerana sudah penat dengan teka teki Kerajaan Persekutuan yang masih mengelak untuk membubarkan Parlimen. Ini merupakan tindakan terdesak mereka (BN) untuk mendapatkan sokongan rakyat yang semakin memihak kepada Pakatan Rakyat (PR)," katanya, semalam.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pusat Wanita Berdaya Dun Sekinchan di Dewan Siti Khadijah, semalam.
Read More / Baca Lagi >>