Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

ICAC Hong Kong larang PKR hebohkan kes RM40j Umno Sabah

$
0
0
KUALA LUMPUR, 13 Dis — Agensi pencegahan rasuah Hong Kong mengingatkan pemimpin pembangkang Malaysia supaya tidak membuat publisiti tentang apa-apa perkembangan masa depan kes RM40 juta Umno Sabah, memberi amaran kerahsiaan terjejas boleh menjejaskan siasatan serta keselamatan mereka yang terlibat.
Selaras dengan peraturan kerahsiaan mereka sendiri, pegawai dari Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC) yang terkenal itu juga semasa mesyuarat mereka dengan PKR semalam enggan untuk mengesahkan atau menafikan jika mereka merancang untuk membuka semula kes kontroversi tersebut, yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman.
Rafizi Ramli, yang mengetuai delegasi PKR ke Hong Kong, berkata para pegawai ICAC hanya meawarkan janji mereka untuk meneliti semua dokumen yang diserahkan sebagai bukti dengan berhati-hati sebelum menghubungi beliau lagi.
“Mereka berkata mereka akan menyemak segala-galanya secara terperinci dan menghubungi kami untuk langkah seterusnya. Mereka tidak akan mengumumkan jika kes itu akan dibuka semula,” katanya kepada The Malaysian Insider melalui panggilan telefon dari Hong Kong.
Tetapi walaupun ICAC berahsia, pengarah strategi PKR menegaskan mesyuarat semalam membuahkan hasil, sambil menambah nasihat agensi untuk menjaga kerahsian bermakna ia melihat perkara ini dengan serius.
Beliau berkata PKR bersetuju untuk menghormati proses ICAC dan memastikan jika agensi itu membuat keputusan untuk membuka semula kes tersebut, kenyataan awam mereka tidak akan merosakkan penyiasatan.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913