Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13 : Saifuddin Abdullah Akan Digugurkan?

$
0
0
Oleh Mohd Sayuti Omar
Seperti mana yang diduga awal-awal Ahli Parlimen Temerloh Saifuddin Abdullah diberitakan tidak akan diturunkan sebagai calon Umno dalam pilihan raya umum akan datang, tampaknya ada tanda-tanda akan menjadi kenyataan.



Satu sumber yang rapat dengan Menteri Besar Pahang, Adnan Yaacob menyebut, MB itu tidak senang dengan gaya dan stail Saifuddin menyebabkan namanya tidak dimasukkan dalam senarai calon yang dikemukakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang.

Katanya Adnan dan veteran Umno Pahang tidak begitu gemar dengan cara dan pengenalan pendekatan politik baru yang cuba diterapkan oleh Saifuddin. Saifuddin adalah antara tokoh muda dalam Umno yang cuba mempraktikan politik baru yang bersifat profesional dan matang tanpa bersikap tegar kepada ideologi Umno.

Menerusi pendekatan ini beliau turut mengkritik dasar atau pun sikap parti yang bertindak keras kepada pihak yang mengkritiknya. Saifuddin juga telah membuka banyak ruang perbincangan dengan golongan muda dan tidak malu-malu mengakui kesilapan kerajaan dalam menangani kaum remaja.

Layanan istimewa beliau kepada golongan mahasiswa sesuai dengan perubahan masa juga tidak disenangi dan ia dilihat seolah-olah tindakan itu memberi kemerdekaan kepada golongan mahasiswa. Mahasiswa pula menyenangi cara Saifuddin melayani mereka.Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913