Haris Zuan
Baru-baru ini saya terperasan gambar foto dua rakan
saya dalam Facebook mereka. Kedua-duanya – Ustaz Rosidi Hussain dan
Steven Sim – merupakan ahli politik, dan dalam gambar tersebut memakai
"kemeja Jokowi" yang kini cukup trendy di Indonesia. Rakan-rakan lain
mengejek mereka sebagai Jokowi dan Ahok Pulau Pinang.
Huh? Siapa pula Jokowi dan Ahok?
Barangkali di negara ini nama Psy ‘Gangnam Style’ lebih dikenali berbanding Jokowi dan Ahok. Malah nama Jokowi dan Ahok ini kedengaran kampung, tidak ‘internasional’ dan bunyian kedaerahan – nama yang bukan siapa-siapa, tidak dipentingkan dan tidak layak diberi perhatian. Namun bukan itu yang berlaku di Indonesia baru-baru ini apabila gandingan Jokowi dan Ahok berjaya menawan hati warga Jakarta yang melihat mereka ini sebagai harapan baru buat kota raya itu. Lebih daripada itu, gandingan ini mencipta sensasinya yang tersendiri; hingga timbul istilah ‘fenomena Jokowi dan Ahok’.
Joko Widodo atau Jokowi dan Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok merupakan gandingan calon yang berjaya dipilih sebagai Datuk Bandar dan Timbalannya dalam pemilihan Gubernur dan Wakil Gubernur (Datuk Bandar) Jakarta baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>