KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mahu "calon
boleh menang" bertanding di kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13).
Soi Lek berkata, walaupun belum ada keputusan rasmi berhubung calon tersebut, beliau telah menerima senarai nama calon yang diyakini boleh menang di kerusi Pandan.
Menurutnya, memandangkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) juga semakin kuat, hanya calon boleh menang mampu memenangi kawasan Pandan selain memerlukan sokongan parti komponen, rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"MCA juga menetapkan calon tersebut haruslah terdiri daripada orang muda, berpengalaman dan pertengahan umur agar segala kekuatan yang ada pada calon itu dapat digembeleng sama ada tenaga dan idea untuk kemenangan parti.
"Malah, BN mempunyai struktur sejak 50 tahun pemerintahan dan MCA berpendirian kriteria tersebut mampu membawa kemenangan kepada parti,"k atanya semasa sidang media selepas menghadiri Rumah Terbuka MCA Bahagian Pandan di Pandan Jaya di sini, hari ini.