Image may be NSFW.
Clik here to view.
Zulkifli Noordin
Clik here to view.

Zulkifli Noordin
SHAH ALAM -
Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din tampil mengeluarkan dirinya
dan ahli Pas yang tidak bersetuju penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut
Kristian dalam Bible Bahasa Melayu kerana beliau antara pimpinan Pas
yang latang bersuara menentangnya.
Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, sebagai orang yang tinggi pengetahuan agama, Haron Din wajar memisahkan diri daripada parti itu jika didapati ia menyimpang dari akidah.
Katanya, Haron Din wajar berbuat demikian kerana beliau juga telah mengambil ketetapan bahawa isu kalimah boleh memesongkan akidah umat Islam sekiranya diteruskan sebagaimana diputuskan Majlis Sura Ulama Pas.
"Beliau menegaskan bahawa perkara itu tidak boleh, Majlis Syura Ulama Pas iaitu sebuah badan tertinggi dalam parti juga memutuskan atas dasar akidah, bukannya politik.
"Haron Din selama ini yang menyedarinya tidak betul, jadi beliau perlu pimpin ahlinya untuk keluar," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Read More / Baca Lagi >>