Sultan Muhammad V bersalaman dengan para jemaah.
KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berangkat menghadiri Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Muhammadi di sini malam tadi.
Turut berangkat pada program sempena Sambutan 100 Tahun Penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) itu Tengku Mahkota Kelantan Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.
Turut hadir pada program tersebut Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, Mufti Kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan Timbalannya Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad dan Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohamad.
Read More / Baca Lagi >>