
Raja baharin berkempen selamatkan Pasar Payang.
KUALA TERENGGANU: Sebuah Badan Bertindak Selamatkan Pasar Payang (BBSPP) telah dibentuk dengan dianggotai oleh 6 buah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Amanah (Angkatan Amanah Merdeka), Perantau (Persatuan Anak Terengganu di Perantauan), Gate (Gabungan Anak Terengganu), Mampat (Majlis Pemuafakatan Anak Terengganu), Jingga 13' dan Badan Bertindak Banggol Donas.
Dalam perjumpaan di Pasar Kedai Payang kelmarin, Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin menyatakan bantahan tehadap cadangan pelaksanaan merobohkan Pasar Kedai Payang bagi membina hotel lima bintang.
"Kami bersetuju sekiranya Pasar Kedai Payang ini dibaik pulih kembali dengan menaiktaraf sistem dan prasarana yg sedia ada serta mempertingkatkan kebersihan, di samping mengekalkan ciri-cri tradisional kerana Pasar Payang merupakan Ikon bertaraf antarabangsa Terengganu yang menduduki tempat ketiga dalam pasar-pasar terkenal Asia di belakang ‘Pasar Air Bangkok’ menduduki tempat pertama," jelas beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Warisan Negara.
Read More / Baca Lagi >>