
Pada sidang media selepas majlis pelancaran disempurnakan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Empire di sini, hari ini, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, berkata setiap perancangan tidak boleh dibuat secara ad-hoc (tergesa-gesa), dalam konteks perubahan politik di Malaysia.
“Negara memerlukan perencanaan baik dan rapi sebagai panduan kepada pelaksanaan dasar,” katanya yang juga Pengerusi Institut Rakyat.
Timbalan Pengerusi Institut Rakyat, Dr Syed Husin Ali pula berkata, badan pemikir itu akan memberi tumpuan kepada kajian dan pembentangan kertas dasar, forum akademik ekonomi dan pentadbiran selain latihan kepada belia dan pimpinan muda.
“Kita akan adakan mesyuarat bersama untuk dipersetujui lembaga pengarah. (Sekarang ini) Institut Rakyat merangka dasar yang akan dilaksanakan, menulis kertas dasar, penyelidikan dan menghasilkan penerbitan,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>