PAS
Putatan melalui sayapnya iaitu Urusan Ulamak menyeru agar institusi
masjid dan surau di sekitar kawasan Putatan supaya tidak menjadi alat
kepada UMNO-BN dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang bakal
menjelang tidak lama lagi.Ini adalah susulan beberapa isu yang
menunjukkan bahawa UMNO-BN mengambil kesempatan menggunakan masjid
sekitar Kota Kinabalu dengan menggantung kain rentang dan bendera
Barisan Nasional seperti yang terjadi di masjid-masjid.
Antaranya Masjid Negeri Sabah (MNS) dan Masjid Al-Aman berdekatan Pasar Filipina di bandar Kota Kinabalu.
Ketua
Urusan Ulamak PAS Putatan, Ustaz Shafiq Mohd Ismail berkata tindakan
menjadikan masjid sebagai lokasi bagi meraih sokongan politik adalah
satu tindakan yang amat terdesak.